Jumaat, 4 Februari 2011

Hari Pertunangan Ku

Seperti yang tak dirancang dan diduga.. akhirnya aku jumpa seseorang yang amat menyayangiku, seperti suatu keajaiban dia datang padaku di saat aku tidak mengharapkan ada pertemuan membawa kearah penamatan pembujanganku.. huhu.. tapi aku amat bersyukur dengan kehadirannya dalam hidup ku.. aku rasa selesa sangat bagaikan aku kembali bersemangat dalam hidupku...
dari permulaan perkenalan sehingga hari pertunangan kami.. aku amat² teruja dan ada kalanya terfikir sendirian.. betulkah ini semua terjadi..sedangkan bukan mudah untuk aku menerima cinta orang lain ketika itu... selain ex ku.. hmmm tapi itulah juga dinamakan Jodoh pertemuan apabila pertemuan yang tak dirancang dalam masa terdekat  boleh membawa kami kepada keputusan untuk mendirikan rumah tangga ini.

 Seperti biasa gambar aku upload untuk kenangan ku dan rakan bersama