Khamis, 16 Jun 2011

Ceramah Memujuk Isteri dan Suami , takcle isteri dan hikmah berkawin

Suke betul aku dengar ceramah macam ni... best.. x boring dan ada masa kelakar... huhu
Suami isteri memainkan peranan penting dalam mujuk memujuk.. masing masing kene pandai memujuk
dan jangan lupa untuk memujuk untuk eratkan hubungan suami isteri..... hmmm renung-renungkan dan selamat mendengar dan mempraktikan.. huhu




Di gigit Jin dan ceramah lain oleh Ustaz Kasim Elias

Mengikut Ustaz Kazim Elias, cara untuk menghilangkan gangguan jin berkenaan ialah dengan mengamalkan mandi sewaktu sebelum gelap petang, seelok-eloknya pada pukul 6.30 petang. Ambil 3 biji limau nipis dan di bacakan Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian di potong dan diramas ke dalam sebaldi air. Air inilah yang dibuat mandian pada pukul 6.30 petang dan diulangi amalan yang sama selama seminggu.

Kenapa mandi dengan limau??? Sebab...jin mengenali mangsa gangguannya melalui bau badan. Itulah cara dia mendatangi mangsa yang sama berulang-ulang kali. Mandi limau ini akan merubah bau badan kita dan jin itu tidak akan mengenali kita lagi.

InsyaAllah, dengan berkat usaha dan doa kita kepada Allah, masalah gangguan jin ini akan dapat dihentikan.
So sama-sama dengar dan tengok ceramah ni yerk...
Disertakan ceramah satu ni lagi untuk tazkirah diri...
ceramah berkenaan kelebihan dan keuntungan para wanita dan sifat mengata (isteri)
ceramah berkenaan dengan kesan lebam di peha perempuan.

huhu... rupanya kesilapan ku yang lama menyebabkan ia berlaku.. huhu terpaksa laaa mandi limau nipis 3 biji dengan bacaan al-fatihah 7 kali.. lepas ni...

Ahad, 12 Jun 2011

Tanda-tanda Hamil....(jeng..jeng..jenggg)

Wuhuhu... ini tajuk paling disukai oleh hubbyku..kalau boleh setiap kali kami bertemu ada ajer adengan untuk menunjukkan yang dia nak baby awal.. huhu.. almaklumlaa memasing umur dah meningkat.. hehe.. well here is the list atau tips nak tau ayang mengandung or not ek abanggg....

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

Prosedur Kuarters

Huhu... penatnyaaa rasa.. ingatkan dah dapat surat kuarters tinggal bayar duit deposit dah releks ckt... tapi x rupanyaa..atoyaaii macam nak tekeluar baby I.. hehehe senyum abang i dengar ni..wekeke...

hmm.. selepas dapat surat dan ternyata aku dapat rumah teres kat persint 14 warghh... dahsyat dah dapat tapi semua nak kene cepat.. lambt siapkan semua tu dia tarikh balik .. wuhuhu...

keje pertama nak kene buat isi borang n hantar kat bos bagi dia sains n cop jabatan..
peh tu lepas selesai teman terpakse ke 3 tempat untuk buat pembyaran deposit kuarters, air, api.. mak ai... kalah sewa rumah biasa.. leceh tol la kan.. tapi sebab kuarter nye pasal sanggup la jugak.. yang lagi penting aku terpaksa amek cuti isnin minggu depan..

ni ada sikit gambar syarikat bekalan air wilayah sepang.. mungkin leh bagi gambaran kat aku n hubby g cari nanti.. huhu..


Selain itu.. ada lagi nak kene wat... hmm pas ke sepang nak ke persint 1 bahagian TNB pulak... pastu ke BPH Blok 1 untuk pembayaran deposit umah.. pastu baru g balik ke BPH blok3 untuk serah surat yang siap.. x tau la pukul berapa leh settle koje ni.. adooyaii.. penatnye teman.... huhu...

Jumaat, 10 Jun 2011

Kuarters Oh Kuarters - Kadar Sewa & Deposit

huhu ingatkan x banyak deposit nak kuar.. rupanya dah macam sewa rumah balik harge deposit umah kuarters ni.. huhu.. papepun... kene sedia ler kan.kan... huhu..berikut adalah rate bagi pegawai kerajaan nak duduk kuarters.. so take a look.... yang di colorkan tu gred aku ler tu... harga depositnya..... so abangku.... adakah anda sudah bersedia mengeluarkannya nanti... hehehe....

KADAR DEPOSIT KUARTERS BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH (BPH) KADAR DEPOSIT TNB & SYABAS


BIL GRED JAWATAN KELAS KUARTERS KADAR DEPOSIT KUARTERS
1 Jusa C dan ke atas A RM2000
2 Gred 53-54 B RM1500
3 Gred 47-52 C RM1000
4 Gred 41-46 D RM600
5 Gred 27-40 E RM450
6 Gred 21-26 F RM300
7 Gred 13-20 G RM150
8 Gred 5-12 H RM100
9 Gred 1-4 I RM100
KELAS TNB SYABAS
A RM1000 RM180
B RM213 RM180
C RM213 RM180
D RM213 RM150
E RM213 RM150
F RM163 RM130
G RM163 RM130
H RM163 RM130
I RM163

kirenya jumlah keseluruhan deposit kene bayar buat masa ni.. huhu
RM 450.00 +
RM 150.00 +
RM 213.00
===========
RM 813.00
===========

Khamis, 9 Jun 2011

Kuarters Teres Yeah..Yeah...

Ya Allah Ya Tuhanku, Alhamdulillah syukur, akhirnya rezeki aku cepat dapat kuarters...Hehe yang lagi best kuarters baru-rumah teres Presint 14. yea..yeaaaa tapi lum dapat lagi la... just dapat tau dari member yang surat akan dikeluarkan dan tempatnya di percint 14.
 
Semangat giler aku tapi tulah bila memikir banyak barang nak angkut...macam2 perasaan timbul. Tapi camner pun aku mmg nak sangat tinggal kat rumah teres senang nak angkut barang.. family datang pun senang..keta aku pun aku nampak depan mata.. huh.. pendek kata best laa...

aku dapat maklum dapat kan percint 14 tu pun dah cantik sebab dekat dengan tempat keje n nak kuar g beli bebarang kat aria diplomatik tu.. huhuhu... syukur x terkira... hmmm rumah teres tu kecik dari apartment setahu aku laa tapi x per laa janji teres... n janji aku x naik lift  dan x penat nak turun tangga kalau ada kecemasan dan x bahayakan aku tinggal sensorang ti..dah memadai.. kan..kan...

so abangku sayang.... sediakan deposit ek.. heheh.... deposit rumah tau.. nanti monthly dah tolak duit umah kat payslip ayang... hehehe....


Mock up Album Perkahwinan...

Well... hari ni aku banyak keje.. tapi mood x der.. so gatal ler aku wat mende ni.. hmm yer laa kesian aku x der album kawin so.. terpaksa guna kepakaran sediri untuk wat album kenangan perkahwinanku.. huhu..

Malas nak cakap banyak tengok la ek.. hmmm mungkin x sehebat amatur potographer dan photo editor.. tapi boleh laa kan...kan.. heheh... selamat melihat...
p/s: banyak lagi x settle... tapi penat heheh.. so tengok ni aje la dulu ek.....

Selasa, 7 Jun 2011

Mini HoneyMooon I

So lepas sah jadi suami isteri ni.. dah x risau nak peluk-peluk .. cium -cium.. betul x.. so disebabkan aku di Johor dah dekat dengan sempadan singapore ni kami pun masuk la ke singapore jap.. pusing -pusing.. bukan ape next time kalau ada rejeki n duit lebih le aaa pulak teroka singapore betul x..

Jadinya kami ni dengan perancangan yang main redah jer ni terusla menunaikan hajat kami untuk ke singapura dan terus ke universal studio.. wow.. cantik tempatnya tapi sayang mahal sangat so kami pun ambik peluang untuk jenjalan keliling universal jer.. peh.. memang xsangka.. berat badan leh turun jap laa. sebab besor giler kawasannya... aku lak pakai kasut agak tinggi.. adoiyaii menyesal. sakit kaki... tapi papepun best gak laa..walau aku x masuk dalam lagi...

Seterusnya mini honeymoon kami di genting highland.. hmm.. okeyla banyak jugak permainan kami main bersama.. tapi aku lak kurang chat.. so ada yang x best jugak.. dari segi Hotel lak.. mak aik... menyesal datang time cuti sekolah.. korang nak tau , nak g booking bilik dah macam g kaunter keluarkan duit dalam bank.. dah la ramai.. pakai kaunter nombor lagi.. hehe first time laa aku book hotel camni tu yang jakun sikit.. hehe.. anyway aku pun x der nak citer panjang .. mood honeymoon jer lebih ni.. mood mengarang x da. hehe so tengokla gambar yang ada ek.. x banyak la tapi boleh dijadikan kenangan terindah.. heehh

 
 
 
 

Ahad Minggu Seterusnya Majlis Resepsi Perkahwinan Di MPAJ


Majlis Perkahwinan ni di buat oleh Pihak Lelaki di dewan MPAJ, Ampang... hehe kat sini dari pelamin, bilik tido sampai la baju  di sponsor oleh family members suamiku.. anyway... suatu yang very der... gitu.. majlis yang cukup sempurna walaupun pengantin dia yang turun padang buat semua keje... last minit dah nak sanding baru g mandi dan bersiap.. hehehe.. hebat x hebat suamiku... selut... tu.... Tema macam dirancang silver.. walaupun x dapat silver itam silver putih pun jadi laa... okey gak... tapi dalam seronok-seronok ada gak yang kurang... baju pengantin lelaki dan perempuan agak tidak memuaskan.. hmmm.. ada koyak laa.. sempit laa... assesories untuk pengantin pompuan dan lelaki pun banyak yang x da.. patah pun sama.. hmm.. x per. la dah namanya sponsor.. hmm kalau bayar memang kompem keluar radio bergerak ... heheh..

anyway berikut adalah gambar dari lokasi pengantin lelaki... selamat mencuci mata...

Sabtu Resepsi Majlis Perkahwinanku Di Kota Tinggi

Hmm.. tengok tajuk jer dah tau aku dan tunang.. Opss.. Hubby sekarang dalam mode senyum memanjang.. heheh... alhamdulilllah pada 27 Mei 2011 yang lalu iaitu pada jumaat malam.. aku selamat di ijab kabulkan dengan tunang ku.. hmm.. gemuruh gak aku sebenarnya time tu.. tapi biasa laa bukan aku yang mengakad dan mengoncang tangan so COOL jer ler.. hehee..tapi kalau nak di cerita pada malam nikah tu.. compem tersengeh sebab aku budget aku nangis masa lafaz taklik dan lafaz nikah tu sedang dijalankan.. tapi rupanya x.. siap tergelak lagi.. hehe.. lawak..lawak.. tu sume abang aku la yang wat secara dia x sedar...  mana x nya.. dalam keadaan sunyi sepi tu tetiba lak dia bagi statement lawak kat pak imam.. mau makcik pakcik n adik beradik satu rumah tergelak... heheh.. pape pun best... sekali lafaz jer hubby ku... tahniah.... heheh....


Okey berbalik pada hari sabtu.. hari yang dinantikan... aku pun dah jadi isteri orang dan tiba masa untuk.. di sandingkan... baju tip top... make up tip top... tapi kamera yang sakit ati.. boleh lak jatuh time kemuncak aku dan pasangan di atas pelamin... huhu sedih giler... aku memang terkilan sangat x tau nak cakap ape... hmm sabar laa iza.. dugaan tu.... (tenangkan hati yang sampai la ni x tenang) .... So aku x der citer banyak nak share.. just gambar aku di majlis perkhawinan di johor... ... so semoga dapat melihat gambar yang comel dari pasangan yang comel jugak.. hehehe untuk di MPAJ aku letak sekali tapi dalam post berbeza.. bagi ekslusif la sikit kan.. hehehe..