Isnin, 8 Ogos 2011

Penjelasan Masalah Jamak dan Qasar



Kekeliruan berdasarkan kepada perubahan didalam watan asli. Berikut kami letakkan scenarionya :-

Scenario 1 :: Kampung halaman si A adalah Kota Baru misalannya. Dia bermusafir (dengan kadar yang lama, eg: pelajar Universiti) ke KL, dan tidak berniat untuk menetap di KL. Dengan itu, Kota Baru masih menjadi kampung halaman si A, iaitu digelar Watan Aslinya. Maka apabila si A pulang ke KB, si A tidak boleh melakukan solat Qasar. KL adalah Watan Iqamah si A.

Scenario 2 : Kampung halaman si A adalah Kota Baru. Dia bermusafir ke KL dan menjadikan KL sebagai tempat tinggal / bermaustatin, dan dia memang niat untuk menetap di KL, maka dengan itu KL sudah menjadi watan aslinya yang baru. Maka apabila si A pulang ke kampungnya di Kota Baru, dia BOLEH melakukan solat qasar. Watan Aslinya KB telah terbatal.

Asal hukum : Bahawa Nabi :saw dan sahabat-sahabatnya merupakan asal ahli Mekah, iaitu Mekah merupakan Watan Aslinya. Kemudian mereka telah berhijrah dan menjadikan Madinah sebagai tanahairnya dan tinggal disana. Mereka telah membina rumah di Madinah untuk kediaman mereka. Watan Asli di Mekah telah pun terputus. Maka semasa mereka bermusafir ke Mekah, mereka akan solat secara solat orang musafir. Nabi bersabda kepada ahli Mekah :

أتموا يا أهل مكة فإنا قوم سفر
“Sempurnakan solat Ya Ahli Mekah, kerana sesungguhnya kami adalah orang yang bermusafir”

Kesimpulannya, jika anda telah menjadikan tempat tinggal sekarang sebagai watan asli (lihat definasi di tautan dibawah), maka apabila pulang ke kampung (rumah bapa atau mertua), maka anda boleh melakukan solat secara musafir (eg: qasar solat). WA.

***********************************
Definasi watan asli dari jawapan Ustaz Izrail (Dr Ahmad Wifaq):

Watan Asli

Postby malan »
:salam

1. Kedua ibubapa saya telah tiada dan sejak itu adik beradik saya pulang berkumpul di rumah kakak saya bila bercuti (Jarak 15 km dari kampung asal). bolehkah dilakukan solat jamak dan qasar?

2. Sekiranya mertua saya telah berpindah rumah kekampung lain adakah boleh solat jamak dan qasar?

Jazakumullahu Khairan Kathira.


***********************************
Postby izrail » Jan 15th, '11, 15:45
:wassalam

Bismillah,
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah sollaLlahu ‘alaihi wasallam,

Watan asli menurut jumhur ulama adalah merujuk tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain. Samada tempat kelahirannya atau tempat lain. Dan tempat kediaman isteri juga adalah watan asli.

أنّ الوطن الأصليّ يتحقّق عند أغلب الفقهاء بالإقامة الدّائمة على نيّة التّأبيد ، سواء أكان في مكان ولادته أم في مكان آخر ، ويلحق بذلك مكان الزّوجة

Dalam kes saudara ini, sekiranya saudara telah mempunyai tempat kediaman kekal dengan niat tidak pindah ke tempat lain, kampung ibubapa saudara bukan lagi watan asli saudara. Maka dengan itu saudara boleh melakukan solat jamak dan qasar jika cukup syaratnya. Begitu juga dengan tempat kediaman mertua saudara.

Jika saudara belum menetap di tempat kediaman kekal tetapi hanya tinggal di tempat kediaman sementara, dalam kes ini, watan asli saudara adalah tempat kediaman asal saudara iaitu kampung ibubapa saudara.

Watan asli saudara yang asal berkekalan sehingga saudara meninggalkan watan asli yang asal dan berniat untuk tidak kembali menetap di situ dan kemudian menetap di watan asli yang baru dengan niat tidak pindah ke tempat lain.

الوطن الأصليّ ينتقض بمثله لا غير ، وهو أن يتوطّن الإنسان في بلدة أخرى وينقل الأهل إليها من بلدته مضرباً عن الوطن الأوّل ، ورافضاً سكناه ، فإنّ الوطن الأوّل يخرج بذلك عن أن يكون وطناً أصليّاً له ، حتّى لو دخل فيه مسافراً لا تصير صلاته أربعاً .

:wassalam

Rujukan:
- Al-Mausua'ah Al-Kuwaitiah: 28/271-273

Khamis, 4 Ogos 2011

Rahsia Bulan Kelahiran ku dan suami ku....

DISEMBER
JULAI
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja

Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadhan Kembali...

Alhamdulillah Ramadhan kembali semula... hmmm kali ni ramadhan aku ada sikit berbeza.... kalau dulu berbuka puasa sekadar air kosong dan kurma sekarang agak berlainan... almaklumlaa dah jadi isteri orang.. makan pun nak kene proper... anyway bukan satu alasan.. malah satu kebanggaan bila suami nak bersahur dan berbuka di rumah... hmmm... kembang kempis idung di buatnya ada yang hargaai.. Hmm... thnks sayang.. cehwah...

Oh ya puasa kali ni aku juga x terlepas dari mengerjakan solat tarawih berjamaah dengan semua warga putrajaya... hmm memang meriah.. malam pertama tarawih sahaja aku pergi merasa suasana di Masjid Sultan Mizan atau lebih di kenali sebagai masjid Besi... Bagi malam kedua pula aku dan suami bertukar angin ke masjid yang dingin sedikit iaitu Masjid Putra... hmm.. memang best.. terasa bangga sangat sebagai seorang muslim...ramai umat islam berkumpul untuk mengerjakan solat.. tarawih..


anyway... buat masa ni ini jer leh cerita... kalau pasal menu...ni menu malam pose pertama


Hari Pertama : Sahur makan pacri nenas , air kopi, nasi putih, ikan goreng,
                       Berbuka karipap (tawar huhu) nasi goreng Hubby Masak (",)
                        Malam : Nasi goreng, buah betik, air masak jer.. hehehe
Hari Kedua : Nasi putih, taugee goreng, telur masak kicap , air kopi,

hari seterusnya i sensorang so makanann ala-ala gitu so tulis pun x sedap.. so x tulis... hmm.. apa nak masak t ek... nyum..nyum... lapar lak rasanya... huhu