Jumaat, 17 Februari 2012

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN


1. 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Selasa, 10 Januari 2012

Pahala dan Ganjaran Buat Sang Isteri


  • Apabila suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik maka dia   perolehi pahala jihad.
  • Wanita yang menyebabkan suami masuk ke jalan Allah dan menjaga rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu dari suami. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yaqut.
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkan baginya masuk ke mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
  • Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, dia dapat pahala 12 tahun solat.
  • Wanita yang mengurut badan suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas dan wanita yang memicit suami bila disuruh dapat pahala 7 tola perak.
  • Wanita yang meninggal dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.
  • Jika isteri mengajar suaminya satu masalah agama, akan dapat 80 tahun ibadat
  • Isteri yang melihat suami dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandang dengan penuh rahmat.
  • Jika suami datang dengan kemarahan, tapi isteri melayan dengan baik, maka mendapat pahala separuh jihad.

Ahad, 8 Januari 2012

Persiapan menjadi Ibu dan tunggu saat kelahiran baby

warghhh excited giler rasanya nak jadi ibu dan juga isteri yang dapat melengkapkan keluarga  ni.. wuhuu... tapi biasa laa baby pertama mesti kene banyak belanja.. aku kire-kire dekat RM 2k jugak abis untuk semua sekali barang baby dan sikit barang pantang aku.. warghh..itu x termasuk barang sampingan lain yang xdisenaraikan lagi.. huhuhu... chheck it out this list... mesti pening huhu