Khamis, 26 Jun 2014

Ceritaku

Aku wanita yang pada mulanya seorang yang sangat bengis, seorang pemarah dan seorang yang tidak pernah kenal erti sakit hati atau terluka hati... namun semuanya berubah setelah aku ditakdirkan bertemu jodoh dan berkahwin...

Perangaiku mula berubah dari seorang yang negatif kepada seorang yang positif dalam kebanyakkan hal.. keluargaku perasan akan perubahan aku itu dengan penuh rasa bersyukur.... aku pulak.. sesuatu keajaiban apabila aku boleh mengawal emosi aku sendiri yang selama ini tidak dapat aku kawal... hmmm bak kata orang harimau bertukar menjadi kucing... huhu...

Pada mulanya ianya amat menyeronokan aku dengan perubahan sikapku ini.. lama kelamaan aku rasa seperti tidak sesuai dengan diriku..tapi apakan daya semua sikap itu bukan aku buat2 ia hadir tanpa aku sedari...

Kisah sedih aku bermula apabila aku tidak dapat menggunakan sifat positif aku ini untuk membantu orang yang aku sayang dalam menyelesaikan masalahnya.... mana  taknya.. makin aku cuba menjadi miss perfect makin aku temui kegagalan... setiap aku usahakan akan menimbulkan rasa kurang selesa kepadanya...apala nasib aku... aku bukanlah seorang yang serba serbi tahu namun aku usahakan dan gigihkan pencarian mencapai matlamatku membantu orang yang aku sayang.. namun usaha ku masih lagi samar...

Kadang kala aku tertanya kenapa Allah berikan aku dugaan bergitu... dan bagiku itu amat berat.... sehingga ada ketika aku jatuh terduduk memikirkan jawapan yang tidak dapat dihuraikan.... aku sedih dan pernah menyalahkan takdirku walaupun sebenarnya aku mungkin boleh terpesong akidah dengan menyalahkan takdir yang Allah dah tetapkan pada ku sebagai ujian.... Astagfirullahalazim.... aku tersedar.... aku tersedar dari alpaku... bahawa Allah itu berkuasa dalam memberikan yang terbaik untuk hambaNya.... Silapku aku tidak pandai menduga apa yang Allah berikan untukku dan hikmah disebalik pemberiannya.... Ya Allah kau mudahkanlah Segala Urusan Ku... Baik yang jelas mahupun yang samar .. permudahkan dan perluaskanla rezeki kepada ku baik dari langit, di bumi mahupun darilaut.....


bersambung.......