Ahad, 10 Julai 2011

PR1MA | PROGRAM PERUMAHAN 1MALAYSIA

Siapa yang layak memohon? Semua! Ya, semua pemohon yang berpendapatan isi rumah  antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan layak untuk memohon tidak kira anda kakitangan swasta, kerajaan mahupun bekerja sendiri. Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia ((PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka, kata Datuk Seri Najib Razak.
NAJIB melihat model rumah selepas majlis Pelancaran Program Perumahan 1Malaysia, di Putrajaya, semalam sambil diperhatikan Noor Mohamed (kanan) dan Raja Nong Chik.
Beliau berkata, hingga kini sebanyak 20 tapak strategik di Lembah Klang, Selangor dan Negeri Sembilan dikenal pasti bagi pelaksanaan projek PR1MA, termasuk lapan projek yang dijangka bermula tahun ini dan tahun depan, membabitkan 42,000 unit rumah strata dan kediaman bertanah.

Lokasi terbabit ialah Putrajaya; Cyberjaya; Bandar Tun Razak di Cheras dan Sungai Besi (Kuala Lumpur); Putra Heights di Subang Jaya, Ara Damansara di Petaling, Bandar Bukit Raja di Klang, Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Kota Elmina Di Sungai Buloh, Lagong Mas di Rawang (Selangor) serta Bandar Ainsdale di Seremban dan Seremban Sentral (Negeri Sembilan).
Paling menarik, Perdana Menteri mengumumkan, tapak pertama projek PR1MA di Presint 11 di sini akan menyediakan 560 unit rumah dengan keluasan antara 815 kaki persegi (kps) hingga 1,006 kps di tapak seluas 1.9 hektar, lengkap dengan kemudahan dewan serba guna, Taska, Tadika, surau dan tapak perniagaan serta kedai.

1 ulasan:

azruliza berkata...

hoho... abang leh beli gak ni... sesama beli ek... wuhoooooo.....